Resepi Kek Coklat Berhantu Mudah dan Sedap

Posted on

Resepi Kek Coklat Berhantu – Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk kita semua berjumpa kembali bersama kami admin dari resepikekmudah.com yang selalu berkongsi resepi kek mudah dan sedap di Malaysia. Kali ini kami akan berkongsi resepi yang sangat pelik dan sangat menyeramkan yaitu resepi kek coklat berhantu. Kenapa diberi nama kek coklat berhantu ? karena memiliki warna yang gelap sehingga gelap identik dengan hantu jadi dinamakan kek coklat berhantu. Kek coklat ini adalah salah satu kek yang menjadi kegemaran khalayak ramai dan kek yang satu ini banyak dijual dikedai – kedai kek atau pasaraya yang menjual kek. Kek yang satu ini dijual dengan harga yang lumayan mahal ini tidak hairan karena rasa yang dimiliki kek yang satu ini sangat lah lazat dan sedap jadi harga yang dijual di kedai kedai lumayan mahal dan sedap.

Kek Coklat Berhantu
Kek Coklat Berhantu

Resepi kek coklat berhantu ini banyak sekali yang mencari jadi tidak hairan apabila kami membagikan resepi kek berhantu azlina ina kepada anda semua agar anda semua yang membaca resepi ke berhantu azlina ina ini bisa membuat kek yang satu ini. Kek coklat berhantu ini sangat kami sarankan untuk mencuba membuat kek yang satu ini, kami jami tak akan menyesal setelah membuat kek yang satu ini, asal kan anda semua mengikuti resepi kek coklat berhantu sedap step by step yang kami berikan dibawah ini. Sila rujuk resepi kek coklat berhantu sedap dan mudah.

Resepi Kek Coklat Berhantu Mudah dan Sedap

Bahan – bahan kek coklat berhantu mudah :

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  3. 1/4 sudu teh garam
  4. 1 cawan gula halus / gula castor
  5. 1/2 sudu teh baking powder
  6. 1/2 sudu teh soda
  7. 2 biji telur Gred A
  8. 1 cawan serbuk koko
  9. 1 cawan susu pekat manis
  10. 1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream

Cara Membuat Kek Coklat Berhantu Mudah :

  1. Telur di pukul dengan wisk. Ketepikan
  2. Satukan semua bahan kering dan ayak. Ketepikan
  3. Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
  4. Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
  5. Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
  6. Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje…
    tutup api.
  7. Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar
  8. Susun bekal aluminium dalam kukus
  9. Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
  10. Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
  11. Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna
  12. Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

Bahan-Bahan Krim Cheese

  • 500 ml UHT Whipping Cream
  • 250 gm Cheese
  • 1 sudu teh pes lemon
  • 3 sudu besar susu pekat manis

Cara Penyediaan

  1. Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
  2. Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
  3. Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul.

Bahan – Bahan Coklat Leleh :

  1. 1 sudu teh esen vanilla
  2. 250 ml UHT Whipping Cream
  3. 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
  4. 250 gm coklat masakkan gelap
  5. 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella
  6. 1 sudu besar butter

Cara Penyediaan

  1. Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
  2. Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
  3. Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
  4. Biarkan coklat mencair
  5. Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
  6. Biarkan sejuk
  7. Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
  8. Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )
  9. Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
  10. Kek yang telah di potong di letakkan cheese
  11. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
  12. Ratakan cheese di atasnya
  13. Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
  14. Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
  15. Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
  16. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair
  17. Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
  18. Sedia di nikmati

Baca Juga : Resepi Kek Milo Bakar Sukatan Cawan

Bagaimana sudah tahu cara membuat kek coklat berhantu ? Jika anda sudah bisa membuat kek coklat berhantu jangan lupa anda share ke kawan – kawan anda semua agar kawan anda semua juga bisa membuat kek coklat berhantu ini. Selamat mencuba.

Incoming search terms:

  • resepi kek coklat hantu mudah